Selain Facebook,blog juga tergolong daripada kategori media
sosial.Ini kerana pembaca boleh berinteraksi dan saling bertukar
pandangan dengan penulis blog. Secara tak langsung ia membina hubungan
yang baik di antara pembaca,penulis blog dan tukang komen yang
lain.Menulis blog ni ibarat menanam pokok.Pokok tidak akan membesar
dalam satu malam.Ia perlu disiram setiap hari dan dibaja jika perlu
supaya ia membesar dengan baik dan dapat menghasilkan buah yang banyak
dan berkualiti.Pendek kata kena sabar dalam melihat hasilnya.Berikut 5
tips blogging:
Isi kandungan berkualiti
Cara terbaik untuk menarik minat pelawat yang baru datang ke blog kita
ialah sentiasa menulis isi blog yang berkualiti.Tips ni memang payah dan
kita perlu mempunyai ilmu pengetahuan yang mendalam mengenai yang kita
tulis.
Pengumuman
Selepas tu,bolehla kita umumkan ‘Check out my blog!’ di
Facebook atau Twitter(kalau post kita menarik,tentu orang datang).Apa
yang penting ialah membina hubungan baik dengan pembaca2 kita dan
elakkan post yang kontroversi.
Tags dan label yang sesuai
Selain tu,gunakan tags atau labels sebaik mungkin dan
bersesuaian dengan topik blog kita.Dalam 5 ke 10 tags sudah
memadai,jangan banyak sangat.Tags juga boleh meningkatkan carian post
kita di enjin carian.Kalau boleh,masukkan feature Related Post atau
Recommended Post di blog kita.
Baca dan komen
Kalau kita rajin ke blog orang,berikan sedikit komen.Kalau tak ada idea
nak komen,jangan sekadar komen ‘Nice post!’.Bagaimana anda komen wall
orang di Facebook begitulah hendaknya di blog.
Rajin menulis
Part ni paling payah sekali terutama isi yang agak berilmiah
dan berkualiti.Kalau kita full time blogging ok.Kalau part-time,mungkin
boleh buat hujung minggu(sekali harung),kemudian jadualkan post kita
mengikut tarikh.Ini dapat mengelakkan kita tertinggal post dalam satu
hari terutama masa kita sibuk.Kalau hari-hari kita post,tentu pembaca
kita akan ternanti2 setiap hari ibarat menanti bunga ros setiap hari di
meja.
0 comments:
Posting Komentar